Followers

Thursday 3 January 2013

- kerana aku sayang -

- assalamualaikum -

lama sungguh sy tak menjengah blog ini.. mengukir isi hati, berkongsi rasa di jiwa.. hari berlalu dan sy bersyukur dengan segala perancangan hidup.. memang dugaan itu datang silih berganti, tak pernah putus.. saban hari akan ada sesuatu yg baru.. sy insan lemah.. ada masanya saya terjelupuk jatuh, kesakitan, dan sedaya upaya bangun dalam kesakitan.. namun sy tahu, Kekasih Abadi itu tidak pernah jauh.. tidak pernah hilang dan akan sentiasa ada.. manusia melakukan  kesilapan.. khilaf seorang hamba.. itu lumrah dunia.. namun, terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakan peluang dari kesilapan yg kita lakukan..

sungguh, di sudut hati saat ini hanya DIA yg mengerti.. namun apa yg sy tahu dalam diri manusia itu di titipkan satu perasaan untuk tidak menyerah.. tidak berputus asa dan sentiasa berusaha.. apalagi bila melibatkan kebaikan masa depan.. bukan ingin meninggi diri, tapi sy bersyukur kerana sy di beri kekuatan itu dalam diri.. walau berapa banyak dugaan yg menimpa.. sy pernah jatuh, tp sy bangkit semula.. sy pernah kecewa tp sy bangkit kerana sy tahu ada insan yg menghargai sy.. dan insan itu bermakna untuk sy.. sy percaya mereka yg sabar itu pasti akan di beri ganjaran yg setimpal dengan kesabarannya..

kerana aku sayang apa yg ada.. kerana aku sayang apa yg tercipta.. kerana aku sayang dan aku tidak mahu menyerah.. sungguh, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. namun sy percaya Kekasih Abadi itu akan memberi apa yg di ingini oleh hamba-Nya.. samada cepat atau lambat.. DIA ingin melihat sejauh mana hamba itu berusaha untuk mendapatkan apa yg di ingininya.. mana mungkin Kekasih Abadi itu sanggup membiarkan hamba-Nya sendirian bukan? 

sy sentiasa berdoa untuk apa yg sy ada.. insyaAllah sy belajar untuk membetulkan kesilapan sy.. peluang itu ada.. dan sy hanya perlu berusaha.. menguatkan diri, hati, dan jiwa sy.. kerana sy belajar untuk menghargai walau mungkin ada silap yg sy lakukan.. 

Kekasih Abadi aku memohon agar apa yg ada ini sentiasa terjaga.. AMIN..

p/s : kerana aku sayang selalu :)

No comments:

Post a Comment