Followers

Monday 29 October 2012

- duhai hati yang merasa -

- assalamualaikum -

terasa ada yg kurang dalam hidup seharian hari ne.. 

duhai hati yg merasa, bersabarlah kamu.. tak mungin akan ku biarkan kamu merasa sakit itu lagi.. bersabarlah kamu, kerana aku tahu kau tak mungkin menghampakanku.. dan kerana aku yakin, kamu mengetahui apa yg terbaik untukku.. jujur ku katakan, khilaf itu milik aku.. yg buruk itu datangnya dari diriku.. dan sesungguhnya yg baik itu adalah kurniaan-Nya Kekasih Abadiku.. 

duhai hati yg merasa, sesungguhnya mengertilah kamu apa yg ku perlu.. ketahuilah kamu bahawa aku mencuba sedaya upayaku untuk menjagamu.. memberi kasih dan sayangku untukmu.. janganlah hadirkan kerisauan yg berpanjangan dalam hidupku.. dan kamu harus tahu, aku sama sekali tidak akan membiarkanmu sendiri.. mengharungi semua itu sendiri kerana kamu ada aku.. di sini.. sentiasa menemanimu, menjagamu dan tak akan pernah sesekali meninggalkanmu..

duhai hati yg merasa, andai kamu dapat melihat ke dalam mataku aku pasti kamu akan temui keikhlasan di situ.. satu perasaan yg sama sekali tidak pernah aku kongsikan pada sesiapa pun melainkan hanya kamu.. cuma kamu.. dan akan sentiasa kamu.. khilaf itu milik aku.. ingatlah selalu bahawa aku akan sentiasa memegang erat tanganmu.. sentiasa menyokongmu.. walau mungkin ada ketikanya kau tidak menyedari semua itu..

Kekasih Abadiku, jagalah hati yg merasa itu.. lindunginya dengan tauan kasihmu.. peluklah dirinya dengan nafas cinta-Mu.. peliharalah dirinya agar dia sentiasa kuat, sentiasa mengerti, dan sentiasa tahu bahawa ada insan yg selalu ada untuknya.. jagalah hatinya Ya Allah.. kerana sesungguhnya hati yg merasa itu adalah miliknya.. bakal imamku.. AMIN..

p/s : semoga ketenangan itu milik kami.. insyaAllah

Sunday 28 October 2012

- let the picture talk -

- assalamualaikum -


dan sesungguhnya, cuma itu yg saya mampu.. maaf..

p/s : senyum :)



Sunday 14 October 2012

- think of love, think of you -

- assalamualaikum -

adakah kamu yg berdiri nun jauh sana itu?
adakah kamu yg berdiri, mengukir senyuman dan menghulurkan salam kasih itu padaku?
adakah kamu insan yg sentiasa hadir dalam tidurku, menceriakanku dalam lenaku?
adakah kamu yg sentiasa hadir memberiku semangat kala aku rasa lemah dan terjatuh?
adakah kamu insan itu, yg menghadiahkanku kasih sayang yg membuai jiwaku?
adakah kamu ADAM yg di ambil rusuknya untuk menjadikan diriku sebagai HAWA milikmu?
adakah kamu yg akan mengimamkan solatku dan menjadikanku makmummu?
adakah kamu insan itu, yg membimbingku selalu, memegang erat tanganku dan melindungiku dari segala ancaman yg mendatang?
kamukah itu yg melengkapkan hidupku, menyerikan jiwaku, dan menjadi sebab di setiap senyumanku?

dan kini aku melihat pada kamu yg berdiri nun jauh di sana..
melihat pada kamu yg mengukir senyuman manis menghulurkan salam kasih padaku..
melihat kamu yg kini berada di hadapan mataku, bukan lagi dalam mimpiku..
melihat kamu yg sentiasa mengukir senyuman dan menghulurkan tangan membantuku berdiri kala aku terjatuh..
melihat pada dirimu yg memberi kasih sayang seikhlas hatimu lantas membuaiku..
dan sesungguhnya aku sentiasa berdoa pada-Nya semoga kamulah ADAM untukku..
ADAM yg akan mengimamkan solatku dan menjadiku makmummu selagi nadi ini berdenyut..
ADAM yg sentiasa membimbingku, sentiasa memegang erat tanganku dan melindungiku selalu..
dan kini aku yakin kamu yg melengkapkanku, menyerikan jiwaku dan menjadi sebab di setiap senyumanku..

ya.. itu sememangnya kamu.. Ahmad Faris Safwan Ghazali yg sentiasa di situ.. tersenyum.. memandangku.. memberi kekuatan padaku.. dan terima kasih untuk semua itu sayang.. terima kasih kerana mampu menerima kelemahanku yg mungkin tidak sempurna.. dan menjadi kekuatanku.. terima kasih..

p/s : think of love, think of you.. kerana aku rindu kamu :')

Wednesday 10 October 2012

- on your birthday -

- assalamualaikum -

Encik Sepet ku sayang, ingat lagi tak macam mana kita boleh kenal dulu? sy rasa mesti ingat lagikan? kita kenal dari facebook, hee.. ingat lagi dulu awak pernah cakap awak suka lagu Cinta Mukabuku tue sebab kita kenal dari mukabuku.. bila ingat semula catatan perkenalan kita, dari kawan.. lepas tue berselisih faham, terputus hubungan rasanya macam mimpi bila sekarang kita dah sampai tahap ne.. jujur sampai sekarang rasa seperti masih dalam mimpi..

Encik Sepetku sayang, bila di fikirkan semula memang betul apa yg orang selalu cakap.. jika sesuatu itu memang untuk kita, cepat atau lambat ia tetap akan menjadi milik kita.. tp, bila benda tue bukan untuk kita genggamlah sekuat mana pun ia tetap akan berlalu pergi meninggalkan kita.. dan andai awak tahu, betapa bersyukurnya hati sy sebab awak kini dah terima sy dalam hidup awak.. dalam hati awak.. ini adalah hadiah yg terindah untuk sy.. walaupun pernah satu ketika sy nekad untuk menghapuskan semua perasaan sy terhadap awak..

Encik Sepetku sayang, sedarkah awak kita seolah dah jadi terlalu dekat? ingat tak dulu sy pernah cakap nak minum air sirap dan masa tue awak cakap " Ya Allah sayang kebetulan ke ape ne, sy memang tengah minum sirap ne ".. masa tue tak dapat di gambarkan apa yg sy rasa.. ikatan hati kita memang kuat ke? atau kita memang dah kenal terlalu lama sampai boleh jadi macam tue sekali.. rasa airmata macam nak jatuh bila ingat ayat yg awak cakap tue.. hanya mampu tersenyum bila mengingatinya.. bersyukur bila hati rasa dekat.. dan bersyukur sebab sy ada awak.. alhamdulillah, terima kasih Kekasih Abadi kerana menemukanku dengannya..

Encik Sepetku sayang, salah satu yg paling istimewa antara sy dan awak adalah tarikh hari lahir kita.. 15 November 1990 bersamaan dengan hari Khamis.. dan tahun ini tarikh ne merupakan sambutan Awal Muharam.. sangat best, betulkan? sy rasa jarang jumpa orang yg share tarikh hari lahir yg sama dengan orang yg tersayang.. syukur, sy di temukan dengan awak sayang.. rasa sangat istimewa bila sy kongsi hari istimewa sy dengan awak.. urrmmmm, kalau nak nikah 15 November boleh tak? heee, gurau je.. 

Encik Sepetku sayang, walaupun detik perkenalan kita mungkin tidak seindah seperti mereka yg lain.. juga mungkin tak seromantik movie kat panggung wayang tue, tp sy bersyukur sebab kita masih boleh berkongsi waktu gembira bersama.. berkongsi sedih bersama dan menghabiskan masa bersama walau hanya melalui panggilan telefon,  hakikatnya kita di pisahkan dengan Laut China Selatan yg memisahkan Sabah dan Perlis tue.. dari hujung Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur.. jauhkan sayang? tp, takpa sebab kita jauh jarak bukan hati..

Encik Sepetku sayang, dah jauh sy menyimpang.. sebenarnya sy nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR sayang.. semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, di permudahkan segala urusan, sentiasa dalam Redha dan Lindungan-Nya.. banyak lagi nak cakap tp kalau taip semua nanti awak tak larat nak baca sebab sy tau awak bukan golongan mereka yg terlalu rajin untuk membaca.. apa yg sy harap sy mampu buat awak tersenyum selalu sebab sy sentiasa nak tengok awak gembira bila dengan sy.. namun, andai ada satu ketika nanti sy terguris hati awak sy minta maaf ye.. sebab sy pun buat silap.. dan awak kena beri tunjuk ajar pada saya..

Encik Sepetku sayang, sy takda apa untuk di beri pada awak.. tp, sy sentiasa mendoakan awak dari jauh.. mendoakan kesejahteraan awak.. mendoakan semoga ikatan ini terjaga.. ikatan yg terlalu berharga untuk sy.. bukan sekejap sy menanti, dan bukan mudah untuk ikatan ini terbina.. jangan lepaskan tangan sy lagi.. SELAMAT HARI LAHIR untuk KITA :)

p/s : kerana awak yg terindah dalam hidup sy.. thanks for make me feel complete.. happy bornday Ahmad Faris Safwan Ghazali.. Lot's of Love <3

Monday 8 October 2012

- addictedtoyou -

- assalamualaikum -

not so much to say actually, sebab badan letih.. semalam sampai rumah around pukul 11 malam sebab flight sampai pukul 10 malam.. then pakcik teksi tue hantar kawan budak ums tue g ums dulu lepas tue hatar sy balik ua2.. ouhhh, i miss my bed but i miss him a lot too.. only a few hours after jumpa dia masa hantar sy kat LCCT da rasa rindu.. long distance, dugaan dan cabaran.. kenalah terima dan kuat.. doakan yang terbaik untuk kami readers.. semoga kami sentiasa kuat untuk menahan cabaran dan menjaga ikatan ini dengan sebaik - baiknya.. AMIN.. InsyaAllah..

btw, tadi masa tunggu kelas seterusnya pukul 2 petang tue, sempat lagi tangan ne gatal buat something.. walaupun dalam keadaan pinggang yang rasa macam nak patah sebab sakit perempuan yang datang setiap bulan, haha..

* perhaps, i just miss you so much :(
tersenyum melihat tulisan yang, entah.. buruk kot, hee.. tapi ikhlas dari hati.. sy rindu Encik Sepet sy :(

*Encik Sepet
rindu dia :)

p/s : take care sayang.. walau kita jauh, dalam doa dan hati kita dekat selalu

Saturday 6 October 2012

- aku senang ada kamu -

- assalamualaikum -

dari senyuman pasti kamu mengerti betapa senangnya aku ada kamu di sisi ku..
berkongsi suka duka bersamaku..
menjadi penawar dukaku, pendengar masalahku, dan menceriakanku selalu..
beruntung aku punya kamu dalam hidupku sayang..
dan terima kasih kerana memberiku secebis rasa kasih sayang dan cinta untuk mewarnai lukisan hidupku..
semoga semuanya berjalan lebih dari semalam yg pernah hilang..
akan menjadi lebih bermakna di hari esok..
dan insyaAllah semoga hubungan ini sentiasa terjaga..
sentiasa ada dekat di doa, di ingatan, dan di hati..

cc : Encik Sepet <3 :)


p/s : imylove even if u're standing in front of me..