Followers

Thursday 31 January 2013

- dan rasa itu -

- assalamualaikum -

hari ne dah genap sebulan.. sebulan.. sebulan.. sebulan.. sebulan.. Ya Allah dugaan apa yang KAU catatkan untukku ini? sungguh rasa bersalah ini menghambat naluri dan tangkai jiwaku.. jangan duga aku sekuat ini Ya Allah.. berikan kesabaran dan ketabahan itu dalam hati dan jiwaku.. terlalu beratkah kesalahan itu sehingga KAU menutup ruang kemaafan itu buatku? maafkan aku untuk semuanya.. sungguh aku terlalu ingin memperbetulkan kesilapan itu.. kurniakan aku rasa sabar dan tabah itu Ya Allah..

semua isi hatiku, hanya KAU yang mengerti, yang memahami.. selepas istiqarahku, masih dirinya yang menghuni di situ.. pelihara ikatan hati ini Ya Allah.. 

p/s : andainya bisa mengerti :')

Friday 25 January 2013

- bibir yang tersenyum -

- assalamualaikum -

bibir yg tersenyum.. melihat pada wanita itu hatiku jadi tertanya-tanya sendiri dari mana kekuatan itu hadir dalam dirinya? masih mampu mengukir senyuman manis di bibirnya walau pada tika itu dari redup sayu pandangan matanya jelas kelihatan betapa dalam luka di hatinya :)

lalu tergerak hati untuk memulakan bicara.. seriously i don't ever talked with strangers.. cuma, ada sesuatu yang menarik perhatian bila melihat wanita itu.. aura perhaps, from what i can see..

"do you have a problem sis?" i asked..

" do i looked like i have a problem?" and then she asked me back..smile..

"i think you are the one who have a problem right?" 

well! dush dush! terkena batang hidung sendiri.. haha!

dan pertemuan di kedai buku itu mencatatkan satu dunia baru.. both of us tenggelam dalam kisah hidup dan catatan diri masing-masing.. dalam masa yang sememangnya berlalu tanpa di sedari, tanpa mengetahui identiti masing-masing kami boleh bergelak ketawa bersama, berkongsi satu cerita, pengalaman hidup dan semuanya tanpa menyelitkan sebarang rahsia.. cuma ada beberapa perkara yang dapat di simpulkan dalam pertemuan secara tidak sengaja itu..

both of us share the same interest.. NOVEL! itu satu benda.. second is, this woman is a single mother with 2 child one boy and girl.. third is, she works by her own.. dari luaran dia nampak muda untuk bergelar seorang ibu.. anggaran mungkin umurnya dalam 30an barangkali.. satu yang paling di kagumi, caranya memberi semangat itu.. nasihat dan dorongan, terlalu lembut namun ada tegasnya.. keras namun ada kiasan dan kejernihan ayatnya.. darinya mungkin dapat belajar sesuatu dan untuk seketika rasanya seperti mempunyai seorang kakak sulung..

"dalam hidup, kita boleh di duga dengan seribu satu dugaan yang mungkin akan datang dalam satu masa.. dan kita juga akan melukakan insan yang di sayang, yang berada di sekeliling kita.. kita buat silap dan mungkin ada insan yang terlalu berat untuk memaafkan silap itu.. namun, walau apa yang menghiasi hidup ingat satu.. ALLAH sayang mereka yang sabar.. belajarlah untuk memaafkan walau sebesar mana kesalahan yang pernah di lakukan terhadap kita kerana hanya dengan itu kita boleh memaafkan diri sendiri.. jangan biarkan ego menguasai diri, dan sebagai manusia kita di kehendaki untuk berusaha bukannya berputus asa apalagi bila melibatkan masa depan.."

"dalam hidup kita tak boleh putus asa dan kita kena pertahankan apa yang kita miliki.. jangan mudah menyerah.. i know what it feels when you choose to give up with what you have and let it go without any effort to make it works.. it hurt's and i don't want you to feel the same way as i am.. dan kerana itulah kita di kurniakan akal fikiran untuk menimbang mana baik buruknya sesuatu itu.. bila kamu pernah merasa senang dengan sesuatu itu, bila kamu pernah tersenyum kerananya peluk ia dengan doa dan usaha.. InsyaAllah everything will be okay dik"

for a moment, i keep my mouth shut and listen sedangkan hakikatnya i'm not that type of person yang mudah nak diam.. seriously, mereka yang mengenali who am i knows what type of person i am.. 

"kita Muslim dan sebagai Muslim tentu kamu di didik untuk sentiasa mendekatkan diri Dengan-Nya.. bila terasa diri lemah rebahkan lutut dan tundukkan kepala memohon Pada-Nya.. InshaAllah Dia Maha Mendengar, Maha Mengasihani.. Dia Maha Penyayang dik, Dia dengar apa kata hati kita.. Dia tahu segalanya walau kita tak pernah ungkap semua itu.. Dia mengasihani kita dan kerana itulah kita di duga dengan dugaan yang kita mampu.. bukan dengan dugaan yang sama sekali tidak larat untuk kita menanggung bebannya.."

 istighfar jauh di dalam hati, tersedar selama ini terlalu kurang amal untuk-Nya dan mungkin sekali kerap lalai dalam menunaikan kewajipan Pada-Nya.. terkedu seketika, dan jujur air hangat seolah ingin jatuh dari tubir mata.. namun memandangnya dan mengukir senyuman.. kuat.. seikhlas yang mungkin.. 

banyak lagi sebenarnya yang kami perkatakan, tapi selebihnya itu biarlah menjadi satu catatan dalam hidup hari ini.. walau mungkin detik pertemuan itu berlalu pergi tanpa pamitan dan juga kehadirannya tanpa jemputan namun setidak-tidaknya diri ini rasa bersyukur.. menghadirkan seseorang sebagai insan untuk berkongsi rasa, meluah bicara.. and the most sadness is, i don't even know her name.. kami hanya bertemu di kedai buku itu dan berkongsi cerita..

untuk seketika detik dalam hidup saat itu bibir ini mampu tersenyum dengan seikhlasnya.. tenang mungkin.. sampaikan abang yang jaga kaunter bayaran boleh tersengih-sengih macam kerang busuk masa sampai at my turn nak buat bayaran, siap boleh tanya number phone lagi.. adoii! encik abang, saya sudah ada yang berkenan di hati dan Demi Allah saya sayang orang itu..

p/s : jauh di sudut hati, adakah hati itu juga turut tersenyum sama? DIA Maha Mengetahui :)

Thursday 3 January 2013

- kerana aku sayang -

- assalamualaikum -

lama sungguh sy tak menjengah blog ini.. mengukir isi hati, berkongsi rasa di jiwa.. hari berlalu dan sy bersyukur dengan segala perancangan hidup.. memang dugaan itu datang silih berganti, tak pernah putus.. saban hari akan ada sesuatu yg baru.. sy insan lemah.. ada masanya saya terjelupuk jatuh, kesakitan, dan sedaya upaya bangun dalam kesakitan.. namun sy tahu, Kekasih Abadi itu tidak pernah jauh.. tidak pernah hilang dan akan sentiasa ada.. manusia melakukan  kesilapan.. khilaf seorang hamba.. itu lumrah dunia.. namun, terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakan peluang dari kesilapan yg kita lakukan..

sungguh, di sudut hati saat ini hanya DIA yg mengerti.. namun apa yg sy tahu dalam diri manusia itu di titipkan satu perasaan untuk tidak menyerah.. tidak berputus asa dan sentiasa berusaha.. apalagi bila melibatkan kebaikan masa depan.. bukan ingin meninggi diri, tapi sy bersyukur kerana sy di beri kekuatan itu dalam diri.. walau berapa banyak dugaan yg menimpa.. sy pernah jatuh, tp sy bangkit semula.. sy pernah kecewa tp sy bangkit kerana sy tahu ada insan yg menghargai sy.. dan insan itu bermakna untuk sy.. sy percaya mereka yg sabar itu pasti akan di beri ganjaran yg setimpal dengan kesabarannya..

kerana aku sayang apa yg ada.. kerana aku sayang apa yg tercipta.. kerana aku sayang dan aku tidak mahu menyerah.. sungguh, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. namun sy percaya Kekasih Abadi itu akan memberi apa yg di ingini oleh hamba-Nya.. samada cepat atau lambat.. DIA ingin melihat sejauh mana hamba itu berusaha untuk mendapatkan apa yg di ingininya.. mana mungkin Kekasih Abadi itu sanggup membiarkan hamba-Nya sendirian bukan? 

sy sentiasa berdoa untuk apa yg sy ada.. insyaAllah sy belajar untuk membetulkan kesilapan sy.. peluang itu ada.. dan sy hanya perlu berusaha.. menguatkan diri, hati, dan jiwa sy.. kerana sy belajar untuk menghargai walau mungkin ada silap yg sy lakukan.. 

Kekasih Abadi aku memohon agar apa yg ada ini sentiasa terjaga.. AMIN..

p/s : kerana aku sayang selalu :)