Followers

Saturday 17 November 2012

- 15th November 2012 -

- assalamualaikum -

15th November 2012 it's our birthday.. Encik Sepet sy Ahmad Faris Safwan Ghazali dengan sy sendiri Hamsinar Menga.. semoga hubungan kami akan sentiasa terjaga dan semoga kami lebih matang dalam menghadapi apa juga yg mendatang di masa hadapan.. InsyaAllah.. berikan kami kekuatan untuk semua itu Kekasih Abadi.. 


Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis..

p/s : selamat hari lahir :)

Monday 5 November 2012

- MAAF :') -

- assalamualaikum -

sayang..
sungguh ku tak ingin kau menangis
aku mengerti bila kau marah..
dan aku tahu kau terluka..

aku selalu ingin bersamamu..
walau senang, walau pun susah..

bila aku salah di matamu,
dan bila aku lemah di matamu
cuma satu yg ku mampu..
ku mohon  maaf atas salahku :')

aku mengerti bila kau terasa..
dan aku tahu kau terluka..
maafkan aku :')


p/s : sorry sayang :')

Friday 2 November 2012

- i heart you sepet -


- assalamualaikum -

first time dengar lagu ne.. and rasanya teringin sangat tujukan lagu ne dengan Encik Sepet sy.. sesungguhnya sy tidak pernah lupa untuk mendoakan hubungan kita semoga ia akan sentiasa terjaga.. insyaAllah.. sy terlalu sayangkan apa yg kita ada sekarang.. dan terima kasih untuk setiap detik awak bersama sy, setiap momen -momen indah yg kita pernah bina.. dan setiap salah faham yg pernah kita alami.. sesungguhnya semua itu menjadi guru yg berguna untuk sy.. this song i dedicated to you sayang.. i heart you and always will :)

p/s : i heart you sepet <3

Thursday 1 November 2012

- wanita -

- assalamualaikum -

wanita itu diciptakan sebagai seorang yg berjiwa halus.. sensitif.. dan sebagai orang yg sangat memerlukan belaian kasih sayang.. mungkin benar wanita itu kadang merimaskan, mungkin juga membuatkan kita pening kepala namun ketahuilah apa yg berlaku itu sebenarnya hanya cara untuk mereka menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka.. walaupun adakalanya sikap itu keterlaluan namun dengan semua itulah mereka meneruskan kehidupan.. menempuhi jalan - jalan kehidupan mereka..

pernahkah kamu terfikir bahawa di sebalik sikap seorang wanita yg menjelikkan itu, yg sangat memeningkan itu tersembunyi banyak kedukaan di dalamnya? pernahkah sekali terlintas itu di dalam benak kamu? wanita itu kuat! ya wanita itu memang kuat.. di sebalik seribu satu senyuman yg terukir di bibirnya adakah kamu pasti bahawa senyuman itu turut terukir di dalam hatinya? kamu tidak tahu itu...dan mungkin kamu sama sekali tidak menduga seberat itu wanita memendamkan segalanya..

wanita itu bila seorang lelaki hadir di dalam hidupnya, maka akan di jaganya hati lelaki itu.. walaupun mungkin caranya itu kelihatan salah di pandangan orang lain.. dan ketahuilah wanita itu sama sekali tidak ingin mengongkong lelaki yg hadir dalam hidupnya melainkan mereka kadang tidak mampu mengawal rasa cemburu yg hadir di dalam hati.. wanita itu, andai seorang lelaki itu yg di sayanginya, yg di cintainya maka dengan lelaki itulah dia memberikan segalanya.. kasih sayang, segalanya.. lelaki? adakah kamu seperti itu juga?

wanita itu berjiwa lembut.. terlalu lembut.. tp, jangan di cabar rasa kesabarannya.. wanita memang sangat penyabar.. memendam segalanya jauh di sudut hati tanpa ingin melukakn mereka yg lain.. biarlah sakit itu hanya dirinya sendiri yg rasa bukan mereka yg di kasihinya turut berkongsi sakit itu.. wanita itu terlalu menjaga.. namun, kadang tingkah itu membuat kita merasa geram.. marah.. siapalah tahu hati yg merasa bukan? apa yg di rasakan oleh seorang wanita mungkin hanya dia sendiri yg mengerti.. dan mungkin dia tidak punya ayat yg baik untuk menjelaskan semua..

andai tubuh itu seperti air, pasti kamu mampu melihat betapa berombaknya hati seorang wanita.. betapa berat dan betapa banyak rahsia yg di simpannya.. dan betapa berat beban yg di tanggungnya.. kamu tidak tahu itu.. 

khilaf itu milik aku.. kerana aku juga wanita yg sedaya upayaku cuba menjaga semua insan kesayangan yg hadir dalam hidup dan hatiku.. maafkan aku andai terlalu banyak kekuranganku.. maafkan aku andai terlalu kerap menyakiti.. maafkan aku kerana aku tetap aku :)

p/s : experience is the best teacher <3

Monday 29 October 2012

- duhai hati yang merasa -

- assalamualaikum -

terasa ada yg kurang dalam hidup seharian hari ne.. 

duhai hati yg merasa, bersabarlah kamu.. tak mungin akan ku biarkan kamu merasa sakit itu lagi.. bersabarlah kamu, kerana aku tahu kau tak mungkin menghampakanku.. dan kerana aku yakin, kamu mengetahui apa yg terbaik untukku.. jujur ku katakan, khilaf itu milik aku.. yg buruk itu datangnya dari diriku.. dan sesungguhnya yg baik itu adalah kurniaan-Nya Kekasih Abadiku.. 

duhai hati yg merasa, sesungguhnya mengertilah kamu apa yg ku perlu.. ketahuilah kamu bahawa aku mencuba sedaya upayaku untuk menjagamu.. memberi kasih dan sayangku untukmu.. janganlah hadirkan kerisauan yg berpanjangan dalam hidupku.. dan kamu harus tahu, aku sama sekali tidak akan membiarkanmu sendiri.. mengharungi semua itu sendiri kerana kamu ada aku.. di sini.. sentiasa menemanimu, menjagamu dan tak akan pernah sesekali meninggalkanmu..

duhai hati yg merasa, andai kamu dapat melihat ke dalam mataku aku pasti kamu akan temui keikhlasan di situ.. satu perasaan yg sama sekali tidak pernah aku kongsikan pada sesiapa pun melainkan hanya kamu.. cuma kamu.. dan akan sentiasa kamu.. khilaf itu milik aku.. ingatlah selalu bahawa aku akan sentiasa memegang erat tanganmu.. sentiasa menyokongmu.. walau mungkin ada ketikanya kau tidak menyedari semua itu..

Kekasih Abadiku, jagalah hati yg merasa itu.. lindunginya dengan tauan kasihmu.. peluklah dirinya dengan nafas cinta-Mu.. peliharalah dirinya agar dia sentiasa kuat, sentiasa mengerti, dan sentiasa tahu bahawa ada insan yg selalu ada untuknya.. jagalah hatinya Ya Allah.. kerana sesungguhnya hati yg merasa itu adalah miliknya.. bakal imamku.. AMIN..

p/s : semoga ketenangan itu milik kami.. insyaAllah

Sunday 28 October 2012

- let the picture talk -

- assalamualaikum -


dan sesungguhnya, cuma itu yg saya mampu.. maaf..

p/s : senyum :)



Sunday 14 October 2012

- think of love, think of you -

- assalamualaikum -

adakah kamu yg berdiri nun jauh sana itu?
adakah kamu yg berdiri, mengukir senyuman dan menghulurkan salam kasih itu padaku?
adakah kamu insan yg sentiasa hadir dalam tidurku, menceriakanku dalam lenaku?
adakah kamu yg sentiasa hadir memberiku semangat kala aku rasa lemah dan terjatuh?
adakah kamu insan itu, yg menghadiahkanku kasih sayang yg membuai jiwaku?
adakah kamu ADAM yg di ambil rusuknya untuk menjadikan diriku sebagai HAWA milikmu?
adakah kamu yg akan mengimamkan solatku dan menjadikanku makmummu?
adakah kamu insan itu, yg membimbingku selalu, memegang erat tanganku dan melindungiku dari segala ancaman yg mendatang?
kamukah itu yg melengkapkan hidupku, menyerikan jiwaku, dan menjadi sebab di setiap senyumanku?

dan kini aku melihat pada kamu yg berdiri nun jauh di sana..
melihat pada kamu yg mengukir senyuman manis menghulurkan salam kasih padaku..
melihat kamu yg kini berada di hadapan mataku, bukan lagi dalam mimpiku..
melihat kamu yg sentiasa mengukir senyuman dan menghulurkan tangan membantuku berdiri kala aku terjatuh..
melihat pada dirimu yg memberi kasih sayang seikhlas hatimu lantas membuaiku..
dan sesungguhnya aku sentiasa berdoa pada-Nya semoga kamulah ADAM untukku..
ADAM yg akan mengimamkan solatku dan menjadiku makmummu selagi nadi ini berdenyut..
ADAM yg sentiasa membimbingku, sentiasa memegang erat tanganku dan melindungiku selalu..
dan kini aku yakin kamu yg melengkapkanku, menyerikan jiwaku dan menjadi sebab di setiap senyumanku..

ya.. itu sememangnya kamu.. Ahmad Faris Safwan Ghazali yg sentiasa di situ.. tersenyum.. memandangku.. memberi kekuatan padaku.. dan terima kasih untuk semua itu sayang.. terima kasih kerana mampu menerima kelemahanku yg mungkin tidak sempurna.. dan menjadi kekuatanku.. terima kasih..

p/s : think of love, think of you.. kerana aku rindu kamu :')

Wednesday 10 October 2012

- on your birthday -

- assalamualaikum -

Encik Sepet ku sayang, ingat lagi tak macam mana kita boleh kenal dulu? sy rasa mesti ingat lagikan? kita kenal dari facebook, hee.. ingat lagi dulu awak pernah cakap awak suka lagu Cinta Mukabuku tue sebab kita kenal dari mukabuku.. bila ingat semula catatan perkenalan kita, dari kawan.. lepas tue berselisih faham, terputus hubungan rasanya macam mimpi bila sekarang kita dah sampai tahap ne.. jujur sampai sekarang rasa seperti masih dalam mimpi..

Encik Sepetku sayang, bila di fikirkan semula memang betul apa yg orang selalu cakap.. jika sesuatu itu memang untuk kita, cepat atau lambat ia tetap akan menjadi milik kita.. tp, bila benda tue bukan untuk kita genggamlah sekuat mana pun ia tetap akan berlalu pergi meninggalkan kita.. dan andai awak tahu, betapa bersyukurnya hati sy sebab awak kini dah terima sy dalam hidup awak.. dalam hati awak.. ini adalah hadiah yg terindah untuk sy.. walaupun pernah satu ketika sy nekad untuk menghapuskan semua perasaan sy terhadap awak..

Encik Sepetku sayang, sedarkah awak kita seolah dah jadi terlalu dekat? ingat tak dulu sy pernah cakap nak minum air sirap dan masa tue awak cakap " Ya Allah sayang kebetulan ke ape ne, sy memang tengah minum sirap ne ".. masa tue tak dapat di gambarkan apa yg sy rasa.. ikatan hati kita memang kuat ke? atau kita memang dah kenal terlalu lama sampai boleh jadi macam tue sekali.. rasa airmata macam nak jatuh bila ingat ayat yg awak cakap tue.. hanya mampu tersenyum bila mengingatinya.. bersyukur bila hati rasa dekat.. dan bersyukur sebab sy ada awak.. alhamdulillah, terima kasih Kekasih Abadi kerana menemukanku dengannya..

Encik Sepetku sayang, salah satu yg paling istimewa antara sy dan awak adalah tarikh hari lahir kita.. 15 November 1990 bersamaan dengan hari Khamis.. dan tahun ini tarikh ne merupakan sambutan Awal Muharam.. sangat best, betulkan? sy rasa jarang jumpa orang yg share tarikh hari lahir yg sama dengan orang yg tersayang.. syukur, sy di temukan dengan awak sayang.. rasa sangat istimewa bila sy kongsi hari istimewa sy dengan awak.. urrmmmm, kalau nak nikah 15 November boleh tak? heee, gurau je.. 

Encik Sepetku sayang, walaupun detik perkenalan kita mungkin tidak seindah seperti mereka yg lain.. juga mungkin tak seromantik movie kat panggung wayang tue, tp sy bersyukur sebab kita masih boleh berkongsi waktu gembira bersama.. berkongsi sedih bersama dan menghabiskan masa bersama walau hanya melalui panggilan telefon,  hakikatnya kita di pisahkan dengan Laut China Selatan yg memisahkan Sabah dan Perlis tue.. dari hujung Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur.. jauhkan sayang? tp, takpa sebab kita jauh jarak bukan hati..

Encik Sepetku sayang, dah jauh sy menyimpang.. sebenarnya sy nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR sayang.. semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, di permudahkan segala urusan, sentiasa dalam Redha dan Lindungan-Nya.. banyak lagi nak cakap tp kalau taip semua nanti awak tak larat nak baca sebab sy tau awak bukan golongan mereka yg terlalu rajin untuk membaca.. apa yg sy harap sy mampu buat awak tersenyum selalu sebab sy sentiasa nak tengok awak gembira bila dengan sy.. namun, andai ada satu ketika nanti sy terguris hati awak sy minta maaf ye.. sebab sy pun buat silap.. dan awak kena beri tunjuk ajar pada saya..

Encik Sepetku sayang, sy takda apa untuk di beri pada awak.. tp, sy sentiasa mendoakan awak dari jauh.. mendoakan kesejahteraan awak.. mendoakan semoga ikatan ini terjaga.. ikatan yg terlalu berharga untuk sy.. bukan sekejap sy menanti, dan bukan mudah untuk ikatan ini terbina.. jangan lepaskan tangan sy lagi.. SELAMAT HARI LAHIR untuk KITA :)

p/s : kerana awak yg terindah dalam hidup sy.. thanks for make me feel complete.. happy bornday Ahmad Faris Safwan Ghazali.. Lot's of Love <3

Monday 8 October 2012

- addictedtoyou -

- assalamualaikum -

not so much to say actually, sebab badan letih.. semalam sampai rumah around pukul 11 malam sebab flight sampai pukul 10 malam.. then pakcik teksi tue hantar kawan budak ums tue g ums dulu lepas tue hatar sy balik ua2.. ouhhh, i miss my bed but i miss him a lot too.. only a few hours after jumpa dia masa hantar sy kat LCCT da rasa rindu.. long distance, dugaan dan cabaran.. kenalah terima dan kuat.. doakan yang terbaik untuk kami readers.. semoga kami sentiasa kuat untuk menahan cabaran dan menjaga ikatan ini dengan sebaik - baiknya.. AMIN.. InsyaAllah..

btw, tadi masa tunggu kelas seterusnya pukul 2 petang tue, sempat lagi tangan ne gatal buat something.. walaupun dalam keadaan pinggang yang rasa macam nak patah sebab sakit perempuan yang datang setiap bulan, haha..

* perhaps, i just miss you so much :(
tersenyum melihat tulisan yang, entah.. buruk kot, hee.. tapi ikhlas dari hati.. sy rindu Encik Sepet sy :(

*Encik Sepet
rindu dia :)

p/s : take care sayang.. walau kita jauh, dalam doa dan hati kita dekat selalu

Saturday 6 October 2012

- aku senang ada kamu -

- assalamualaikum -

dari senyuman pasti kamu mengerti betapa senangnya aku ada kamu di sisi ku..
berkongsi suka duka bersamaku..
menjadi penawar dukaku, pendengar masalahku, dan menceriakanku selalu..
beruntung aku punya kamu dalam hidupku sayang..
dan terima kasih kerana memberiku secebis rasa kasih sayang dan cinta untuk mewarnai lukisan hidupku..
semoga semuanya berjalan lebih dari semalam yg pernah hilang..
akan menjadi lebih bermakna di hari esok..
dan insyaAllah semoga hubungan ini sentiasa terjaga..
sentiasa ada dekat di doa, di ingatan, dan di hati..

cc : Encik Sepet <3 :)


p/s : imylove even if u're standing in front of me..

Sunday 16 September 2012

- you took my heart away -

- assalamualaikum -

lama tak update, seriously rinduuu! actually not so much to say.. 

En. Sepet masuk tahun ne dah 2 tahun kita kenal.. and adakah awak perasan sepanjang tempoh itu berapa kali kita pernah berselisih faham, lost contact, and jujur sy cakap sy tak sangka kita akan berbaik selepas semua yg pernah terjadi.. catatan perkenalan kita sebenarnya bukan terlalu indah untuk di kongsi, dan bukan juga terlalu pahit untuk terus di lupakan.. namun, apa pun yg terjadi sy bersyukur sebab sekarang kita da lebih dari perkenalan sebagai seorang 'kawan'

dan sy taktau kalau awak sedar sy sentiasa ada, walaupun ada beberapa waktu awak memilih untuk meninggalkan sy.. jujur sy cakap, sy sendiri tidak mengerti apa istimewanya awak di pandangan mata sy sehinggakan sy masih mampu menerima awak dalam hidup sy walau pada hakikatnya awak terlalu kerap melukakan sy :') dan luka itu sebenarnya bukanlah terlalu mudah untuk di sembuhkan.. dan sy mengerti bff sy cik Nora'Ain adalah orang yg akan sangat - sangat takut dengan tindakan sy.. i know u want the best for me hny, and i really appreciate that.. this time kalau En. Sepet buat hal lg aku serahkan segala hukuman ke atas ko.. buatlah apa yg ko nak buat :DD

En. Sepet kali ne cuma satu yg sy minta dari awak.. tolong jangan sia - siakan sy lagi.. sebab sy sendiri taktau apa yg akan terjadi bila benda yg lama tue berulang lagi.. sy harap awak takkan lepaskan tangan sy lagi..


sentiasa pegang tangan sy macam ne ye ;) and thanks a lot dear.. you make me feel complete.. terima kasih sebab terima kekurangan yg sy ada, menyayangi baik dan buruk diri sy.. dan semuanya.. 


sy takda apa untuk di beri.. sy lemah dan perlukan awak utk bimbing sy.. jd Imam sy.. semoga hubungan ini berkekalan En. Ahmad Faris Safwan Ghazali :)

p/s : dear my beloved fiancee, sy cintakan awak as much as twinkle twinkle little star




Sunday 29 July 2012

- let me be the reason behind your sweet smile -

- assalamualaikum -

alhamdulillah sedar tak sedar hari ne masuk Ramadhan ke sembilan.. cepat betul masa berlalu, apa pun tak terasa.. setakat ne takda puasa yg bocor lg, hee.. btw, masa Ramadhan ke lima hari tue dapat sakit >.< perit sangat.. suara hilang, selsema dah tue esoknya ada praktikal test.. alhamdulillah semua berjalan lancar.. nak share pic masa praktikal test hari tue sebab idea takda sangat ne nak taip apa :P


muka - muka budak kelas yg sangatlah sempoi.. rasanya antara semua intake, sy rasa intake kami yg paling chill.. semua benda share together, and hope all of us pun akan berjaya together..

about tajuk entry kali ne, urmm.. actually nothing's special.. saja nak letak tajuk macam tue, bg saspen sikit.. haha.. lagipun at this moment takda siapa yg sudi jadikan sy sebagai sebab di sebalik senyum manisnya.. maybe some other time..

p/s : ada sesuatu yg tak dapat di luahkan dengan kata - kata :)

Saturday 21 July 2012

- puasa pertama -

- assalamualaikum -

alhamdulillah, hari ne da selesai puasa pertama bulan Ramadhan.. masa berbuka hati tiba - tiba rasa sebak, rindu kampung :'( rasa macam nak terbang balik je.. serious, rasa sangat sebak.. tp, tak elok nak nangis depan rezeki.. alhamdulillah walaupun puasa kat tempat jauh tp td masa mak call rasa lega sikit.. apa - apa pun, selamat berpuasa :)


p/s : rindu kampung sangat 

Thursday 19 July 2012

- wordless week -

- assalamualaikum -

fuhh! ecece, ala - ala awal ashari dalam fuhh tv3 tue miahaha! tp, sekarang benda tue macam dah takda.. urmm, minggu ne rasa macam mana eh? urmm, no idea at all sebab rasanya minggu ne letih sangat.. taktau kenapa, just rasa letih sangat - sangat.. agak - agak kenapa eh? urmm, wordless >.< seriously, sangat wordless..

minggu ne kelas just like usual starting from tuesday until thursday.. hari ne da masuk khamis, so kelas sudah habis.. owh yaa, ada good news yg Miss Fiza cakap tadi, final before raya.. okaylah sebab mood raya tak akan spoil nanti, miahaha!

sabtu puasa.. sedih owh, puasa di perantauan lagi.. apa pun selamat berpuasa pada semua umat Islam..

p/s : alangkah bestnya kalau ada cuti, boleh balik kg :( 

Friday 13 July 2012

- kamu tidak mengetahui -

- assalamualaikum -

nothing to say actually.. just mau share something sebagai muhasabah diri, sebagai semangat dan sebagai penyebab senyuman dalam hidup.. yakinlah dan bersangka baik pada-Nya selalu nescaya Dia akan memberi hanya yang baik untukmu..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu.. Dan boleh jadi ( pula ), kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu.. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.. 

Surah Al-Baqarah, ayat 216

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata jadilah maka jadilah sesuatu itu..

Surah Yasin, ayat 82

sejujurnya, jauh di sudut hati amat berharap agar hadir seseorang yg mampu menerangi, membimbing dan memberi tunjuk ajar pada diri.. menjadi orang yg melengkapkan kekurangan dan khilafnya jiwa dan hati.. dan terus terang hati kadang mengeluh dengan setiap luka dan duka yg pernah di tempuhi dalam mencari apa itu erti kasih sayang sesama manusia.. namun, sentiasa memperingatkan diri bahawa Kekasih Abadi itu tidak akan menguji seorang hamba andai si hamba tidak mampu menghadapinya..

dan masih ingat lagi akan satu ayat..


" sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki dua hati itu bertemu dan akan menggerakkan keduanya.. tidak hanya satu.. dan jika hati itu sentiasa mengingati yg SATU maka akan mudahlah untuk keduanya bersatu "

Kekasih Abadi temukan kami sebelum mata tertutup rapat, temukan kami sebelum hati menjadi dingin dan beku dalam mengenal erti kasih sayang dan cinta sesama manusia.. temukan kami agar dapat kami membina cinta bersama dan seiring dengan cinta kami pada-Mu.. AMIN

p/s : kerana sesungguhnya hati ini kadang terlalu merintih, dan seringkali menangis

Monday 9 July 2012

- Marhaban Ya Ramadhan -

- assalamualaikum -

sedar tak sedar masa berlalu dengan sebegitu cepat, tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.. excited sangat - sangat.. alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di panjangkan umur untuk menyambut bulan yg paling mulia di antara semua bulan Islam.. 

" Bulan Ramadhan , yg di dalamnya di turunkan Al - Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan - keterangan yang menjelaskan petunjuk ( menjelaskan ) dan perbezaan ( antara yang benar dan salah ). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di dalam bulan itu maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.. 

Surah Al - Baqarah, ayat 185 "

Ramadhan bulan di mana kita menahan lapar dan dahaga, nafsu, tingkah laku, tutur kata dan semua yg berkaitan dengannya.. satu bulan yg memberikan umat Islam berfikir dan bermuhasabah diri, solat dan membuat kebajikan.. menghambakan diri kepada-Nya dengan sebenar - sebenarnya.. teringat memori Ramadhan zaman kanak - kanak dulu, hee.. masa tue selalu curi - curi minum air masa balik sekola.. bila mak tanya hari ne puasa tak? just akan angguk kepala and cakap puasa.. haha, tue semua sebab nak dapat duit raya.. kalau tak puasa takda duit raya.. haha, zaman kanak - kanak yg indah :).. boleh tak nak putar balik zaman kanak - kanak tue? hee :P

dalam bulan Ramadhan ada satu malam yg di namakan Malam Lailatul Qadar.. satu malam yg lebih baik daripada seribu bulan.. pada kebiasaannya malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.. atau secara tepatnya pada malam ganjil iaitu malam ke 21, 23, 25, 27 atau pada malam ke 29 di bulan Ramadhan.. namun terdapat sebahagian ulama yg beranggapan malam ini terjadi pada malam ke 24.. namun begitu bila di fikirkan semula sebetulnya ada hikmah malam ini di rahsiakan.. antaranya adalah agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya pada 10 malam Ramadhan yg terakhir.. dan kedatangan Lailatul Qadar itu bukannya perlu di nanti sebaliknya perlu di cari :)

the moment that i've been waiting so much is solat terawih.. solat terawih di lakukan selapas solat Isyak dan hanya khusus di lakukan pada bulan Ramdahan.. yg best solat terawih di lakukan secara berjemaah dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam.. dan biasanya sebelum solat terawih ceramah ringkas akan di adakan bg memberi peringatan sekaligus menasihati para jemaah..

apa yg penting, tak sabar mau puasa.. puasa yg bocor pun dah ganti semua hee.. tp, tak pastilah kalau puasa tahun ne dapat balik kampung sbb tahun lepas masa sambut puasa tue mak cakap takyah nak balik sangat.. balik masa raya cukuplah.. tengoklah kalau keras kepala and still nak balik kampung maknanya memang akan baliklah jawabnya kalau mak marah pun diam - diam sahaja :)

setakat itu sahaja.. kalau tak stop menaip sampai esok pun tak habis nanti, ekeke :P

p/s : Ramdahan di nanti, mendekatkan diri dengan sebaik - baiknya pada Kekasih Abadi <3


Sunday 8 July 2012

- happy belated birthday -

- assalamualaikum -

happy belated birthday Cik Nora'ain :) hee.. actually birthday ko dah lama sangat berlalu.. bulan Januari tue, hee.. but, masa tue still dalam proses baik pulih lagi.. dan di sebabkan itu aku takda pun bg present ke, apa ke dengan ko.. hee, sorry tau.. so, setelah beberapa bulan berlalu baru terfikir nak buat entry pasal ko, haha.. kinda funny i think.. tp, okay what yg penting aku ikhlas.. betul tak?


seriously, don't know what to say.. otak aku tengah blurr sangat - sangat, haha.. dah lama tak pernah nak karang ayat panjang - panjang.. just want to say, thank you sebab being my sahabat.. eventhough kita ada bergaduh untuk tempoh yg agak lama but thanks a lot sebab tak pernah hilang.. aku ingat lg si Macik Norhayati Saripuddin pernah cakap dulu, kalau aku nak tahu perangai aku macam mana kena tengok perangai ko macam mana.. sebab both of us ada banyak sangat persamaan.. and maybe that's the reason why they keep calling us twins :)

hee, taktau nak taip dah.. tp, apa - apa pun aku sangat bersyukur sebab ko ada dalam hidup aku.. sebab selalu bagi aku semangat walaupun ayat ko tue kadang ganas sangat, hahaha! sebagai contoh eh " tue laa ko, lembik sangat macam mana orang tak pijak ".. yg ne kurang ganas plak, haha.. yg penting ko memang banyak bg aku advise.. bg aku kekuatan selain daripada parents aq, and Kekasih Abadi aku.. that's why laa aku sayang ko.. eh, salah aku cinta ko.. lebiu hny! haha..

untung ada kawan gila macam ko ne sebenarnya.. sebab, masa sekarang ne aku rasa jarang jumpa orang yg akan say 'lebiu' dengan kawan sendiri, haha.. but that's the best part.. cool apa, korang ada tak kawan macam aku ne? haaaa, aku tau mesti takda punya.. haha :D

okay.. aku tau ko ne jenis orang yg nak cari mood baru mau baca.. so, baik aku stop sampai sini.. ada banyak benda nak cakap tp aku takut ko tak baca nanti, haha :D..

so, hny.. listen here.. just want to say thank you cause always be there when i need you.. menangis bersama dan bergelak ketawa bersama.. ada banyak benda yg pernah kita lalui sama - sama.. bergaduh then lepas tue berbaik.. bila di fikirkan semula sebenarnya semua tue yg menguatkan ikatan persahabatan kita.. dah anggap ko macam kakak aku sendiri.. when i lost you i lost half of myself.. macam dulu waktu perang dingin tue :) but seriously, i've no word to describe semua yg aku mau cakap.. apa yg aku mampu ialah mendoakan ko supaya ko berjaya dunia akhirat, sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya.. di panjangkan umur dan tolonglah matang please! hee, sebenarnya bahagian matang tue untuk aku jugak laa :P


inilah dia, cik Nora'ain.. hee, thanks a lot yaa hny.. btw, happy belated birthday :)

p/s : aku ambil masa about 2 hours mau taip.. tue pun pandai lg blurr, haha.. sorry ambil masa yg lama wish sama ko yaa 



Saturday 7 July 2012

- notes -

- assalamualaikum -

duduk rumah since friday.. cadang mau p tengok pc fair tp takda kawan so, duduk rumah jak laa.. btw, since yesterday busy dengan notes chapter 3 <3 hee.. lamanya sudah stop buat table ne tau.. last masa jawab paper Pengajian Am STPM 2009.. hee, best.. excited buat ne, haha xD..


haa, tengok ne.. semangat kot buat table tue.. siyes, rindu masa sy form 6 dulu.. subjek yg paling banyak pakai highlighter tue Tamadun Dunia dengan Tamadun Islam.. best sangat <3

p/s : gtg.. sambung buat kerja :)

Thursday 5 July 2012

- tentang rasa -

- assalamualaikum -

aku tersesat
menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkan ku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
ku titipkan cahaya terang
tak padam di dera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya


p/s : always pray for the best.. this song seolah luahan hati.. fall in love with the lyrics <3

Wednesday 4 July 2012

- pakai inai orang akan cop dah kahwin eh -

- assalamualaikum -

haha, rasa macam lawak je tajuk entry kali ne :P hee.. bukan apa just sometimes sy gelak sorang - sorang bila ingat beberapa insiden yg pernah sy alami.. sy memang addicted dengan inai, or dalam kata lain sy suka tengok kalau jari sy pakai inai.. bila tak pakai tue tengok macam pucat je jari semua.. i love it <3

nak di jadikan cerita, beberapa kali pernah terjadi di mana sy di katakan sebagai orang yg telah berkahwin.. haha, owh no!! i'm single okay pakwe pun takda tau!! maybe sebab masa baru pakai tue nampak menyerlah je sampai orang tengok pun akan cakap sy pengantin baru :D bangga sekejap kot.. haha, perasan betul sy ne.. 

tapi, sesungguhnya sy belum temukan lg siapa dan di mana jodoh sy.. di mana insan yg akan mengimamkan solat sy <3 not yet.. perhaps 4 or 5 years akan datang.. InsyaAllah, dan sy pun belum pernah terfikir untuk merancang sejauh itu lg.. hati sebenarnya belum dapat nak lepas someone sepenuhnya even sekarang sy boleh tengok macam mana bahagianya someone itu dengan insan baru.. kinda hard to let him go :) but i always pray the very best for him..

berbalik pasal inai td, hee.. satu hal sy memang belum berkahwin.. yes, i'm in a relationship but for sure with the person around me.. my beloved vvip Ma&Pa and my beloved bff <3.. of course i'm in a relationship with Kekasih Abadi sy, yg meniupkan roh ke dalam jasad sy.. Allah SWT :) and i'm thankful with all that.. Alhamdulillah..

* berseri sangat ke? haha xD
* wink3x xD
p/s : sesungguhnya sy belum berkahwin pada masa sekarang.. masa depan InsyaAllah :)

- wordless thursday -

- assalamualaikum -

alhamdulillah hari baru kita di temukan lagi.. semalam malam Nisfu Syaaban, istighfar dan muhasabah diri.. sedar tak sedar Ramadhan semakin menghampiri.. terasa kerdilnya di bumi ciptaan-Nya ini :) sebenarnya taktau nak taip apa, sebab otak tengah blurr.. btw, current location at Movement Therapy Lab orang lain sibuk buat case study sy sibuk nak update blog :P hee.. kalau penyakit capital 'M' tue dah ada memang sah semua benda yg sy buat pun tak akan jadi xD

* meyempat lg nak pose :P
okay, done with nonsense talk.. gtg for now.. ada kerja nak kena buat.. nanti kena cubit dgn lecturer lagi ;)

p/s : wordless..

Tuesday 3 July 2012

- husband to be -

- assalamualaikum -

already 2.00 a.m in the morning.. haiyaa, pesal tak boleh nak lelap ne =.= esok datang kelas memang sah mata ne jadi macam mata panda tu.. malam ne nak merapu lagi, hee.. husband to be <3 owh my, fall in love perhaps? for sure no!! just saje nak merapu pasal benda ne.. 


i'm always pray to Him for the best!! hoping for someone yg sy boleh bergantung harap, berkongsi semua yg terjadi.. yg boleh membimbing dan yg sentiasa memahami serta mampu mencurahkan kasih sepenuh hati.. semestinya menerima segala kekurangan dan kebaikan yg ada dalam diri sy :)

Ya Allah kurniakan dan temukan kami.. Agar dapat kami bersama membina rasa cinta kami kepada-Mu.. AMIN..

p/s : kadang ada rasa tidak sabar untuk mengetahui siapa sebenarnya jodoh yg tertulis di Luh-Mahfuz untukku :)

Monday 2 July 2012

- when something bad happen -

- assalamualaikum -

just let the picture talk for now :)


p/s : i choose the third one.. let it strengthen me <3

Saturday 30 June 2012

- small thing that was called a smile -

- assalamualaikum -

cik aen, peace :D
just like usual idea habuk sebenarnya, tak tahu nak taip apa malam ne tapi jari still gatal nak taip juga.. nak merapu apa benda pun tak tahu :) urmmm.. lately, so many things yg jadi dalam life sy ne.. so many, tak terkira atau adakah sy sebenarnya yg terlalu banyak berfikir? haha, seriously, i don't know what to say.. blurr -.- haha..

btw, there's someone yg make me entahlah.. penat :) tp, sy masih mampu tersenyum.. and thanks a lot to my vvip cik aen.. for always being there, for always stay by my side, and everything.. terlalu banyak yg dia buat utk sy.. yes, sometimes we fight tp, kejap je.. tak lama pun, hee.. and malam ne, dia still ada temankan sy.. marah, and tolong taip apa yg sy nak cakap.. dah tak mampu.. penat sangat - sangat..

smile :)
to someone, sudah tak tahu nak cakap apa, doing that just because i want you to know that she's actually care so much about you.. just didn't know how to show it all.. but, maybe there's a mistake by doing that right? tak pernah ada niat buruk pun, and seriously sy sudah tak kisah, dan tak ada rasa apa - apa sekarang.. you have your own life, and i'll take care of mine too.. just let it go.. with smile because i too tired to explain every reason why i'm doing that..

jujur, i've no feelings for you anymore.. we're just friends and i know that very well.. just sometimes my action makes other people think that we're actually more than friends.. haha, kinda funny :P LOL.. gossip, like usual..

maybe, orang tak kenal sy sepenuhnya lg, maybe tak cukup lagi apa yg sy dedahkan selama ne.. maybe masih ada lg sesuatu yg tersembunyi tentang diri sy yg orang tak tahu kecuali mereka yg betul - betul rapat dengan sy.. but, apa pun sy adalah sy.. dan jujr, sy tak suka bebankan otak dan hati sy sendiri.. that's all for now, kalau nak merapu panjang - panjang alamat sampai esok tak habis taip, haha.. gtg now, sleepy already.. sweet dreams <3

p/s : everything happens for a reason.. in our life there always be the one who walked away, and the one who will always stay.. just sometimes, we must be brave to take a risk and learn how to let them go :)



Wednesday 27 June 2012

- quotes -

- assalamualaikum -

just let the pic talked :)


p/s : sometimes, hati jadi terlalu dingin sehingga akhirnya membeku :)

Sunday 10 June 2012

- I asked.. He gave me.. -

- assalamualaikum -

dah lama tak update jantung hati sy, hee.. btw, have something to share today.. i found this quotes somewhere but dah lupa jumpa kat mana, hee.. i just love this quotes.. buat sy berfikir semula dalam senyuman.. alhamdulillah.. terima kasih Kekasih Abadi :)




p/s : kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk Hamba - Nya

Tuesday 24 April 2012

- bercakap soal jodoh -

- assalamualaikum -

selamat malam, sihat tak semua? hee, macam tengah cakap depan budak sekolah je :) takpa sekali sekala betul tak? bila bercakap soal jodoh rasanya macam pelik je.. tp, sebenarnya tak pelik pun.. jodoh itu telah di tentukan Oleh-Nya d Luh-Mahfuz untuk setiap orang.. cepat atau lambat bukan soalnya yg penting kena ada usaha, doa dan bertawakal kepada-Nya.. sebab Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk Hamba-Nya.. bagi saya jodoh itu rahsia Allah.. bila orang tanya, dah ada calon ke? cuma mampu senyum, saya masih mencari siapa yang ingin membimbing ke jalan-Nya :).. InsyaAllah..


Dan ingatlah kamu akan janji Ilahi.. ketika Allah menginginkan dua hati untuk bersatu maka Dia akan menggerakkan keduanya, bukan hanya satu.. Dan apabila dua hati itu mengingati yang SATU akan mudahlah bagi keduanya untuk bersatu :).. janji Allah itu pasti, hakiki..

p/s : semoga bertemu wahai bakal suami :)




Monday 23 April 2012

- Kekasih Abadi -

- assalamualaikum -


p/s : Kekasih Abadi itu sentiasa di sisi.. tenanglah dan jangan bersedih :)

Monday 16 April 2012

- penat -

- assalamualaikum -

takda banyak benda nak cakap, 2 weeks lately jadual padat sangat.. presentation, test, assignment.. nasib badan untuk masa depan, hee.. now, baru dapat curi masa seketika update blog even sebenarnya sy sangat - sangat penat!! bersabarlah ye wahai diri :)

p/s : gtg now, take a nap.. off to sleep for a while :)

Saturday 7 April 2012

- doaku untukmu -

- assalamualaikum -

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkan kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkan dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin.. Amin.. Ya rabbal 'aalamin

p/s : kerana takdir-Nya itu terlalu indah untuk di ucapkan dengan kata-kata :)

Monday 2 April 2012

- wanita cantik -

- assalamualaikum -

sekian lama tak menghabiskan masa dengan menulis.. tiba-tiba terasa rindu, akhirnya jari ini mengambil keputusan untuk menulis.. dulu, pernah juga ada blog tapi dulu tue cerita zaman tak matang lagi.. dalam hidup ne kadang bila sesuatu terjadi kita rasa lemah tak bermaya bukan? sehingga kadang terlupa bahawa Allah itu sentiasa ada..

wanita cantik.. sejujurnya aku ingin sekali menjadi wanita yang cantik..
wanita yang melukis kekuatan melalui masalah..
wanita yang sentiasa tersenyum di saat dia sedang tertekan..
wanita yang tertawa saat hatinya sedang menangis..
wanita yang sentiasa tabah apabila terhina..
wanita yang mempesona kerana sentiasa memaafkan..
wanita yang mengasihi tanpa mengharapkan balasan dan,
wanita yang bertambah kuat dalam doa dan pengharapan pada Ilahi..

Ya Allah, walaupun aku di cipta dengan rupa yang tidak seberapa namun aku bersyukur atas nikmat pemberian-Mu.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah :)

p/s : kerana rasa sakit itu penghapus dosa :)