Followers

Thursday 1 November 2012

- wanita -

- assalamualaikum -

wanita itu diciptakan sebagai seorang yg berjiwa halus.. sensitif.. dan sebagai orang yg sangat memerlukan belaian kasih sayang.. mungkin benar wanita itu kadang merimaskan, mungkin juga membuatkan kita pening kepala namun ketahuilah apa yg berlaku itu sebenarnya hanya cara untuk mereka menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka.. walaupun adakalanya sikap itu keterlaluan namun dengan semua itulah mereka meneruskan kehidupan.. menempuhi jalan - jalan kehidupan mereka..

pernahkah kamu terfikir bahawa di sebalik sikap seorang wanita yg menjelikkan itu, yg sangat memeningkan itu tersembunyi banyak kedukaan di dalamnya? pernahkah sekali terlintas itu di dalam benak kamu? wanita itu kuat! ya wanita itu memang kuat.. di sebalik seribu satu senyuman yg terukir di bibirnya adakah kamu pasti bahawa senyuman itu turut terukir di dalam hatinya? kamu tidak tahu itu...dan mungkin kamu sama sekali tidak menduga seberat itu wanita memendamkan segalanya..

wanita itu bila seorang lelaki hadir di dalam hidupnya, maka akan di jaganya hati lelaki itu.. walaupun mungkin caranya itu kelihatan salah di pandangan orang lain.. dan ketahuilah wanita itu sama sekali tidak ingin mengongkong lelaki yg hadir dalam hidupnya melainkan mereka kadang tidak mampu mengawal rasa cemburu yg hadir di dalam hati.. wanita itu, andai seorang lelaki itu yg di sayanginya, yg di cintainya maka dengan lelaki itulah dia memberikan segalanya.. kasih sayang, segalanya.. lelaki? adakah kamu seperti itu juga?

wanita itu berjiwa lembut.. terlalu lembut.. tp, jangan di cabar rasa kesabarannya.. wanita memang sangat penyabar.. memendam segalanya jauh di sudut hati tanpa ingin melukakn mereka yg lain.. biarlah sakit itu hanya dirinya sendiri yg rasa bukan mereka yg di kasihinya turut berkongsi sakit itu.. wanita itu terlalu menjaga.. namun, kadang tingkah itu membuat kita merasa geram.. marah.. siapalah tahu hati yg merasa bukan? apa yg di rasakan oleh seorang wanita mungkin hanya dia sendiri yg mengerti.. dan mungkin dia tidak punya ayat yg baik untuk menjelaskan semua..

andai tubuh itu seperti air, pasti kamu mampu melihat betapa berombaknya hati seorang wanita.. betapa berat dan betapa banyak rahsia yg di simpannya.. dan betapa berat beban yg di tanggungnya.. kamu tidak tahu itu.. 

khilaf itu milik aku.. kerana aku juga wanita yg sedaya upayaku cuba menjaga semua insan kesayangan yg hadir dalam hidup dan hatiku.. maafkan aku andai terlalu banyak kekuranganku.. maafkan aku andai terlalu kerap menyakiti.. maafkan aku kerana aku tetap aku :)

p/s : experience is the best teacher <3

No comments:

Post a Comment